Korang pernah makan tutti fruti @ makanan yang di isi dalam bekas plastik @ kertas yang cantik2..
ok, kalau korang sayang nak buang, korang boleh guna semula
ini cara fafa guna semula bekas tutti fruti..
Bersihkan bekas tu , sebersihnya, pastikan bahagian tepi tu tak terbuka
lepas tu korang ambek kain felt berukuran segi empat tepat (ikut besar mana korang suka) ,
masukan fiber dalam kain felt tu dan punjutkan macam sup punjut tu,
(cuba tgk kat dapur kalau ada sup punjut adabi)
pastu hujungnya dijahitkan.. kemudian masukkan dalam bekas tu cam gambar kat bawah ney..
Pastikan bekas tu penuh dgn punjutan kain felt yg berisi fiber tau :)
gebu x? gebu je kan felt lembut kaler kuning ni.. terang je, baru nampak jarum nyer.. :P
Penutup tu jangan dibuang, boleh tutup bekas tu, utk keselamatan..
korang nak ambek bekas tu pun selamat.. ok
so, jurum ke, pin ke selamat la dieorg duduk dalam bekas tu..
disebabkan corak bekas tutti fruti tu cantik, fafa tak nk deko lebey2.. jimat ~~ :)
so, selamat mencuba dan mari kita kitar semula barang terpakai..
Made : Ur Self